Selamat Datang Ke Blog Rasmi Legion Warrior. We're Stronger Than Yesterday

.::Pengumuman::.

Terima kasih kepada semua ahli LegionWarrior yang telah menyertai Game Online ini. Tiada apa yang akan kekal dan akhirnya Legion ini terkubur selepas selepas mencapai tahap 9 di bawah pimpinan Lord_kuching.
Terima kasih kepada yang byk menyumbangkan khidmat kepada perkembangan Legion secara langsung atau tidak langsung. Player-player yang terpampang di blog ini akan dihargai selama-lamanya (selagi google/blogger tak bangkrap selagi tu la blog ni wujud kot)
Yang terakhir, Setinggi penghargaan kepada Lord_kuching, Lordraptor, k_RaEL,Dinko dan adiknya Musmandus(kalau tak silap eja la, nama dia dah takde dalam blog ni sebab retire awal game ni) kerana telah memberi sumbangan besar dalam perjalanan awal legion ni sebelum era lord_kuching.
Sekiranya aku main lagi game ni n start dari awal, harap jumpa player2 macam korang semua.
terima kasih kerana sumbangan anda dan menjadi professional Gamer!! Hail to Legion Warrior

orpheo
Founder of Legion Warrior

Cara - Cara untuk Topup Mol & Jin  

Assalammualaikum Kepasa Semua. Aku ingin berkongsi bagaimana untuk menggunakan Mol Point bagi membeli topup JO.

1 : Layari web mol ( http://www.mol.com/ )

P/s : Mol Point Online Boleh dibeli Melalui Online atau pun Dari Kedai - Kedai Yang Menjual Mol Point ( Seperti Gambar Dibawah)


2 : Selepas sudah memasuki website MOL tadi anda perlu mendaftar sebagai ahli MOL supaya anda boleh menggunakan site tersebut untuk topup akaun MOL bagi membeli topup JO.

p/s : Anda perlu menunggu EMAIL dari Mol bagi pengesahan email dan activation akaun.

3: Selepas berjaya mendaftar anda klik HOME ( Dekat Baris Atas web ) selepas itu anda lihat barisan bawah login ada icon / logo warna kuning yag bertulis "Top Up Mol Point Here" klik icon / logo itu. (Seperti Gambar Di Sebelah)














4 : Selepas klik icon / logo tadi paparan tempat untuk topup mol tertera. Disitu dia akan meminta kita untuk topup akaun sendiri atau akaun member lain ( kalau akaun sendiri klik "Own Accaunt" ). Di Bawah pilihan akaun tadi ada ruangan kosong, disitu dia akan meminta supaya kita menngisi "Pin Number" dan "Serial Number". Isi ruangan kosong tersebut dengan apa yang web minta selepas itu klik topup / proses di bahagian bawah ruangan tersebut. (Seperti Gambar Dibawah)

5 : Selepas berjaya topup akaun MOL, web akan paparkan jumlah topup yang ada didalam akaun anda. kemudian klik member page dibahagian bawah paparan tersebut.

6 : Web akan paparkan kawasan member page dan ada tertera bermacam2 di paparan tersebut. Anda perlu pergi ke kawasan "GameShive" disitu anda perlu pilih Jin Online dan klik. (Seperti Gambar Dibawah)

7: web akan paparkan kawasan untuk memilih jumlah topup untuk Jin Online. Kemudian klik "Buy" (Seperti Gambar Dibawah)

8 : Selepas Klik "Buy" web akan paparkan detail apa yang anda beli serta number telefon dan email. ini untuk pengesahan MOL kerana bila hilang atau kena scam dari org MOL akan dapat detect. Kemudian klik "Proses Order".

9 : Selepas berjaya "Order" topup untuk jin online, web akan paparkan Pin Number dan Serial Number untuk jin online. (Seperti Gambar Dibawah)

10 : Anda jangan tutup IE tersebut. Anda buka IE baru / Tab baru anda layari www.goplayplay.com/topup/jin untuk topup Jin Online (Seperti Gambar Dibawah)

11 : Web akan terus paparkan kawasan untuk topup Jin Online dan anda perlu masukkan detail -detail anda disitu. (Seperti Gambar Dibawah)

p/s : Jika anda tertutup IE, anda tidak perlu risau kerana MOL akan menghantar topup tersebut ke email anda. Pastikan email anda adalah betul. Dan juga diweb MOL sendiri akan menyimpan Number topup tersebut selama 3 hari.

Sekian perkongsian saya. Jika anda tidak faham boleh comment untuk kita bersama.

Terima Kasih

Post By :-
k-RaEL
Naib Legion Warrior
"Bersatu Berjuang"

AddThis Social Bookmark Button


3 comments: to “ Cara - Cara untuk Topup Mol & Jin

Jumpa Kami di Ruangan Forum JinOnline

Kena Repeat PK ngan Ahli Legion Warrior, ada aduan pasal player legion? saja2 nak nak tanya? ada cadangan? sila isi borang ini.

Lokasi Boss


Wedding Of The Year

Wedding Of The Year

Cuba Teka Siapakan Gadis dan Siapakan Jejaka Tersebut

Design by Amanda @ Blogger Buster