Selamat Datang Ke Blog Rasmi Legion Warrior. We're Stronger Than Yesterday

.::Pengumuman::.

Terima kasih kepada semua ahli LegionWarrior yang telah menyertai Game Online ini. Tiada apa yang akan kekal dan akhirnya Legion ini terkubur selepas selepas mencapai tahap 9 di bawah pimpinan Lord_kuching.
Terima kasih kepada yang byk menyumbangkan khidmat kepada perkembangan Legion secara langsung atau tidak langsung. Player-player yang terpampang di blog ini akan dihargai selama-lamanya (selagi google/blogger tak bangkrap selagi tu la blog ni wujud kot)
Yang terakhir, Setinggi penghargaan kepada Lord_kuching, Lordraptor, k_RaEL,Dinko dan adiknya Musmandus(kalau tak silap eja la, nama dia dah takde dalam blog ni sebab retire awal game ni) kerana telah memberi sumbangan besar dalam perjalanan awal legion ni sebelum era lord_kuching.
Sekiranya aku main lagi game ni n start dari awal, harap jumpa player2 macam korang semua.
terima kasih kerana sumbangan anda dan menjadi professional Gamer!! Hail to Legion Warrior

orpheo
Founder of Legion Warrior

Meeting Legion Tahap 3 (Perlantikan)  

Mesyuarat bagi perlantikan jawatan baru

Photobucket

Ketua Setiausaha Baru


Penolong LordRaptor yang baru


Tempat agak tidak sesuai di kawasan Lelong sebab ramai yang lalu lalang, ramai yg inquiry n ada yang nak join. Selepas ni meeting akan dibuat di tempat lain yang lebih aman

Pesanan tok ketua Legion:
"jangan sesekali berlagak, jangan Merompak atau buat pasal masa player lain kill boss, Hormat legion lain (Ally, Neutrall atau Musuh). Berpijak di Bumi nyata"

Sesiapa yang membantah perlantikan ini sila info pada LordRaptor, lord_kuching atau orpheo

Tahniah Semua!!

Bersama berusaha ke tahap 4

Bersorak!!

AddThis Social Bookmark Button


Mesyurat Legion ke-2  

mesyuarat kali nie di ade kan sebaik sahaja legion msk tahap 3 (bersorak!!!)

tempat : taman berhampiran lelong (353 595)
Photobucket
mesyuarat tertumpu pada Jin-Jin yg akn difokuskan. Jin jin dia adalah
1.)Saphire Dino
2.)Mage Tinna
3.)Universal O

klu bleh korang submit la bl dah 5* target kami 10 org submit 10* setiap 1
x pun 5* dah memadai submit oleh 20 org

leg kt nie ramai so tolong2 la submit jin2 korang & please do lvl up ke 90++ supaya korang leh submit 6 jin





sekian,
lord_kuching

no sighnature required this is a computer generatedletter


AddThis Social Bookmark Button


Extra Exp untuk level-up  

Share sket teknik n cara nak levelup character dalam game ni.

1.Cara yang paling mudah untuk newbies, buka inventori lepas tu klik kat kat beg unggu (newbieguide) tuh.Klik kat atas sekali- godblessing untuk newbies, pilih la ikut lvl anda. boleh lvl up guna beg ni hingga lvl 70++

2.Cara yang kedua, ramai yang tahu gak tapi malas nak buat. Cari Kawan sehingga maksimum 50 orang pastu claim exp dari dorang

Kalau nak add rakan tuh, pastikanlah yang selalu main, jgn add bot ke, 2nd id ke. kalau boleh 50 orang tuh sentiasa online masa anda online. untuk lvl rendah, calim 1.000 exp pon dah boleh up sehingga 2 3 lvl,maybe lebih.

3. Yang ni sesuai untuk lvl dah tinggi. Buku-buku yang jumpa tuh guna je, kalau jual harga dalam 4000++ gold je. kalau jual pakai ep susah nak laku walaupun jual serendah 1-2ep je. Jin yang selalu anda bawak hunting lebih senang nak lvlup sehingga maksimum
Aku rasa dah ramai yang tahu pasal yang ni n ramai gak yang tak tahu. Korang cek la selalu tekan CTRL + R. Untuk lvl dah tinggi seperti 80++ sesuai la guna yang ni.
Jin Mage ni dah lvl maksimum, nak claim bag Exp tuh kena karekter lvl132.

4. Cara ke 4, Hunting hunting dan hunting lagi. hunting kat tempat raksasa lvl yang tinggi. kalau dah lvl 80++ dah boleh hunting tempat yang bagus sket seperti Volcano adventure Zone, Lost Island dan Cata maze. Gold Sekali drop 2000++. 1 jam hunting boleh dapat 1,000,000 ++ gold. Item unik, elit senang dapat. Nasib Baik dapat item Hebat

ini je yang aku tahu, kalau korang ada cara lain boleh share kat sini

AddThis Social Bookmark Button


Gathering di Hometown Legion Warrior, Hellfire  

Tetiba je nak wat gahtering, aku tatau idea sapa. Sbb time ni ramai Ahli Legion Warrior dok leveling kat sini

Photobucket

Lordraptor takde time ni mana thah, masuk penjara kot sebab dia dah start jadi pembunuh bersiri. hehehehhe
Photobucket

Maing-masing tgh menunggu yang lain datang, macam2 posing
Photobucket

Dah makin ramai yang ada pet tunggang
Photobucket

Akhirnya sampai gak LordRaptor, baru bebas dari penjara?
Photobucket

Tgh stanby serangan dari Pembunuh bersiri KurtCobain, biasa la watak jahat datang buat kacau. biasa dia neh
Photobucket

Abis satu legion jadi hantu, hampeh! Sekali ngan Ketua Legion Kurt pon ada datang sekali da...
Photobucket

Dah abis perang biasa la posing lagi, steadyla dude!
Photobucket


Dah abis war tuh sekali lagi jadi ally. (dl penah sekali)

p/s: dude, hang jaga KurtCobain pembunuh bersiri tuh baik2. jangan dia salah pk orang nanti. hehehehe

Disertai:
lord_kuching, orpheo, LordRaptor,Dinko, Newbie, honeygirl, DaRkMagE dan Emiera

tak dapat datang:
K_rEal ol lambat
lain2 tatau sbb

Full Picture

AddThis Social Bookmark Button


Disini aku nak kasi petua-petua untuk compose jin yg aku dpt dr laman Forum Jin Online

1.Select jin yg plg power klu jin tue ade main compose klu bleh yg ade GC. cara nyerkorang beli dulu telur2 tue bebyk pastu eram la dlm hatcher box yg kat tengah2 tempat telur.

2.Guna main compose shj yg ade crown color coklat (ranking 80-100++) sampai jin korang ade 6* at least klu nak better effect beli la daun pegaga/ganja (eudemon/jin clover) tinggal kat dlm beg jer.

3. Bl dah 6* tue korang guna la ini compose lak. tekan ini dulu klu x leh br guna main.

4. Klu bleh make sure jin-jin yg nak di compose tue x kira minor or major lvl diorg sehampir bleh ngan korang cth - Char lvl80 jin major lvl 83 jin minor lvl 80. ini adelah supaya penambah attribute lebih berkesan kepada jin major

5. Untuk lvl up jin cepat ade 3 cara yg aku tau - guna jin kristal, bw bersama g hunting, guna offline training (bleh naik lvl 81 selepas 15 jam offline training)

utk pertanyaan lanjut pm lord_kuching 0r LordRaptor korang bleh gak minta nasihat dr ktorng klu nak compose jin kami sedia membantu demi menjadikan Legion kt & ahli2 dia yg terkuat mungkin


dr,
lord_kuching(Naib)
(no signiture required this is a computer printed text)

AddThis Social Bookmark Button


Legion Gathering 14 November 2008  

Ni gambar masa gathering mlm tadi, sebelum tuh ada PvP, saje nak test power. Lepas tuh baru la terpk nak ambik gambar ramai2. tapi ada 2 orang penting yang tak dapat join masa sesi bergambar ni. K-rEal afk sebab ada hal apa thah n Lord_Kuching ol lambat sangat. aku pon dah ngantuk tak larat nak upload mlm tadi.

Photobucket
Ni sesi bergambar ngan Jin tunggangan masing. Lordraptor ngan Teddy Bear, Emiera ngan Burung salji dan orpheo ngan Dino biru.
Kalau semua dah ada jin tunggangan kan best. :D

Photobucket
Possing cara bebas

Photobucket
ni tatau la formation apa, 4-4-2 ke 4-3-3 ke thah la

Photobucket
ni lagi satu, semua pedang simpan

Photobucket
ni apa nyer barisan tatau da....

Photobucket
ni masa orpheo dok panggil si K-rEal bergambar, diam jek dia, afk. hampeh sembang sorang2

Senarai yang hadir:
UNOS, dracon, LordRaptor, orpheo, KurtCobain, MeCHa23, Dinko, honeygirl, Emiera, LydiaSP

ni full gambar yang dicapture. kalau nak jelas klik kat gambar tuh

AddThis Social Bookmark Button


Sistem Legion  

Ramai lagi yang tak faham mengenai sistem legion ni. Ada yang fikir, "aku main sorang takde kacau orang boleh jadi kuat, PJ boleh beli"

Sistem Legion adalah salah satu sistem yang paling penting dalam game JinOnline. Dengan melibatdiri dalam Legion, anda boleh bersama menguatkan Watak anda dengan ahli-ahli legion yang lain.

Legion Sekarang dah masuk Tahap 2 pada 13/11/2008. Bersorak!!

=================
Sistem Diplomasi Legion
=================

Dengan putaran di atas fungsi bagi Sistem Diplomasi Legion, setiap legion dibenarkan membuat 5 Permusuhan dan 5 Persekutuan.Hanya Ketua Legion boleh mengisytiharkan permusuhan dan persekutuan itu. Hubungan yang bersekutu memerlukan persetujuan bagi kedua-dua pemimpin, sementara hubungan yang bermusuh tidak memerlukan persetujuan di antara pemimpin yang lain.Nama legion bersekutu anda adalah hijau, sementara legion bermusuhan adalah merah.
======================================
Sistem Perlantikan Dan Penyingkiran Jawatan Legion
======================================
Ketua legion boleh melantik dan menyingkir Naib legion.

Ketua legion boleh memberi pangkat kepada orang lain.

Naib, General, Kapten boleh melantik seorang pembantu.


===============
Sistem Tahap Legion
===============
Tahap Legion bergantung kepada bilangan bintang totem. Hanya totem yang mempunyai 100 bintang boleh menjadi 1 totem bintang


Tahap Legion menentukan bilangan Naib, Penolong Ketua, dan posisi yang lain:


Setiausaha
Tiada sumbangan atau tahap yang diperlukan. Ketua setiausaha dibenarkan berkongsi 50% daripada potensi legion.

Kapten Ros
Karakter perempuan yang mempunyai bilangan bunga ros merah yang terbanyak akan ditawarkan sebagai Kapten Ros. Apabila ini berlaku mereka dibenarkan berkongsi 70% potensi legion.

===================
Sistem Sumbangan Legion
===================
Sumbangan Legion anda dikira berdasarkan sumbangan PK, sumbangan emas, sumbangan mentor, sumbangan jin dan sumbangan PJ. Semakin tinggi sumbangan legion anda semakin tinggi kedudukan anda di dalam legion.

1. Sumbangan PK

Singkirkan musuh legion akan menaikkan sumbangan PK kepada 1000mata. Jika anda terbunuh dengan pemain lain,awak akan kehilangan sumbangan PK . Sumbangan ni aku tak galakkan selagi legion tak sampai tahap 4 keatas.

2. Sumbangan Emas
Awak boleh memperolehi sumbangan emas dengan menderma emas kepada legion. Ratio emas yang didermakan dan sumbangan yang diperolehi adalah dikira berdasarkan sumbangan tersedia.


3. Sumbangan Mentor
Sumbangan mentor diperolehi dengan melatih pemain baru. Sumbangan diperoleh adalah 1% dari keseluruhan pengalaman mentor.

4. Sumbangan Jin
Selepas mengaktifkan totem, top 50 jin di dalamnya mempunyai peluang untuk menambahkan potensi tambahan kepada legion bergantung kepada kedudukannya. Pemilik jin tersebut akan mendapat sumbagan jin.
P/s: ada yang tanya kenapa boleh submit sampai 3 jin je? jawapannya sebab level watak anda blom cukup tinggi, kalau nak submit jin lagi byk kena la lvl up. Tahap lvl n submit jin tuh blom study lagi, itu je yg aku tahu.

5. Sumbangan PJ
Setiap 1PJ yang anda dermakan kepada legion anda akan mendapat 200 sumbangan PJ.

Bersama-sama menderma dan submit jin yang layak ke totem-totem yang telah dibuka untuk meningkatkan tahap legion dan tahap diri anda

AddThis Social Bookmark Button


Mesyuarat Legion kali-1  


Ni masing - masing tengah duduk menunggu ahli jawatankuasa untuk mensyuarat


Mensyuarat dimulakan dengan ucapan alu-aluan dari ketua legion yang disayangi iaitu Orpheo. Orpheo juga berharap agar ahli - ahli legion bersatu padu untuk memajukan legion dan akan menjadi kuat dari legion - legion yang lain.



Ni semasa Lord_Kucing tengah berucap menerangkan serba sedikit tentang legion dan tip - tip untuk kesejahteraan semua ahli - ahli legion. Selain itu Lord_Kucing juga memberitahu bagai mana untuk menaikkan level legion.



Sebelum mensyuarat berakhir, LordRaptor memberi ucapan tentang bagai mana cara - cara untuk membantu legion supaya mudah untuk naik level. Selain itu beliau juga telah memberi beberapa tip untuk menlevelkan diri, jin dan legion, dan juaga beliau berharap agar kepada ahli - ahli legion yg tidak faham atau mempunyai kemuskilan supaya bertanya kepada ahli jawatankuasa legion dan merujuk website rasmi Jin Online atau forum.


Sekian mensyuarat ditangguhkan dengan laungan move to find a victory.
















AddThis Social Bookmark Button


Post Comment  

Masih ramai yg tidak familiar ngan sistem blog ni. daripada respon yg diterima, tidak ramai yang tahu untuk memberi komen/maklum balas dalam setiap posting.





1. klik kat "post commnet" pada akhir post dan page seperti dia atas akan muncul.
2. Blog ini di setting open user, so setiap orang boleh memberi komen tanpa perlu ada / membuka akaun google. Tuliskan komen pada ruangan "leave your comment" dan kemudian isikan ruangan "choose an identify".

Setiap komen yg agak2 melampau akan didelete secepat mungkin oleh admin legionwarrior.blogspot.com

AddThis Social Bookmark Button


Waktu PJ Jin Online  

Mulai hari ini waktu PJ (Point Jin) Jin Online telah ditukar pada waktu seperti dibawah..
Selain itu juga, Perang Keluarga telah dibuka pada Server Kuala Terengganu.

Harap Maklum...

Isnin = 2pm - 3pm
Selasa = 3pm - 4pm
Rabu = 4pm - 5pm
Khamis = 5pm - 6pm
Jumaat = 6pm -7pm
Sabtu = 9pm - 11pm
Ahad = 9pm - 11pm

Ada orang kata hunting boss pada time PJ ni boleh dapat sehingga 400++ PJ drop.
entahla......

AddThis Social Bookmark Button


Salam dan selamat sejahtera semua...  

Disini ada beberapa perkara yang perlu ditekankan dalam penubuhan sebuah Legion. Harap semua rank holder (Ketua,Pen,Timbalan,BigBos,Bos Kecik dan Rakan2 Ambil Perhatian Sepenuhnya)

1)Sistem Legion Base bukan setakat jumlah ahli semata2 tetapi jumlah penyertaan jin 5 star dan keatas untuk diregister masuk kedalam Totem

2)Harap ketua,naib dan pasangat ketua selalu menyemak balik jumlah yang dapat dalam Legion. Ini kerana untuk mendapatkan 1 totem jin memerlukan 5juta gold untuk sekali penyemakan. Jgn bazirkan duit kerana 1 totem semata2.

3)Kepada rank holder,sub rank holder,sarjan dan semua ahli main peranan. Donate untuk kemudahan semua. Kamu semua boleh dapat Double Exp dengan mudah sekiranya party dengan rank2 holder yang lebih tinggi lvlnya dan juga yang seumpama dengannya. 1 hari 1 totem jin PERLU dibuka untuk mencukupkan 1 lagi tahap untuk Legion. Harap maklum okey?

4)Ada orang bertanya, berapa banyak nak donate? Untuk rank holder tu... sebanyak mana yang boleh... saya rasa sehari saya masuk 500K aje... tapi kalau rank2 holder leh sama2 bagi jumlah yang sama, penyemakan jin totem akan lebih bermakna dan kita boleh upkan lvl legion secepat mungkin!!! Harap ketua leh semak banyak sket jin totem lepas nih

5)Ada yang bertanya, saya nak RANK holder!!! Jawapannya boleh, tapi layakkah anda sandang jawatan sekiranya hanya online sehari 1 jam? bagaimana dengan keadaan jin anda? adakah berbintang2 atau tidak pernah fikirkan tentang bintang2 jin? Hanya mahu rank? Cuba renungkan sejenak

6)Ada orang berkata, alah.. ini game biasa aje... masuk legion warrior lepas tu kuar masuk legion lain tak pun buat legion sendiri pun tak pe, leh jadi ketua juga. Lagipun kawan2 satu tempat kan ada.... Leh ler dapat nama kawan2 yang lain. Jawapan mudah aje, ada RM++++, Legion awak kuat itupun penyertaan ahli aktif mestilah 30-40 orang.

7)Ada yang bertanya kepada saya, Awak join ler legion saya. Saya lantik jadi penolong ketua. Kepada yang aktif dia akan setuju aje. Tapi jawapan saya mudah aje, NAK SUSAH MASUK..., NAK SENANG JGN MASUK... Lagi pun awal2 saya kenal legion hanya warrior aje. 3 hari main dah lvl 60++ dah jadi Jeneral. Siap ada bintang jin 3 ekor star 5 tu.. huhuhuhu

7)Habis dah nak kata... ohok ohok

Kepada yang masih baru lagi, kerap bertanyakan soalan, dalam website jin.com.my boleh membantu. Akan tetapi sekiranya ada kemuskilan, bolehlah tanya saya... kepada yang baru, nasihat saya : buka website aje baca... dan saya akan bantu anda untuk selesaikan bersama... Harap maklum

Sekian
Dari Jeneral Tumpang : OHOK OHOK OHOK
Nanti kalau aku senang sket... aku buatkan khas forum untuk warrior aje... link terus...

AddThis Social Bookmark Button


Jumpa Kami di Ruangan Forum JinOnline

Kena Repeat PK ngan Ahli Legion Warrior, ada aduan pasal player legion? saja2 nak nak tanya? ada cadangan? sila isi borang ini.

Lokasi Boss


Wedding Of The Year

Wedding Of The Year

Cuba Teka Siapakan Gadis dan Siapakan Jejaka Tersebut

Design by Amanda @ Blogger Buster