Selamat Datang Ke Blog Rasmi Legion Warrior. We're Stronger Than Yesterday

.::Pengumuman::.

Terima kasih kepada semua ahli LegionWarrior yang telah menyertai Game Online ini. Tiada apa yang akan kekal dan akhirnya Legion ini terkubur selepas selepas mencapai tahap 9 di bawah pimpinan Lord_kuching.
Terima kasih kepada yang byk menyumbangkan khidmat kepada perkembangan Legion secara langsung atau tidak langsung. Player-player yang terpampang di blog ini akan dihargai selama-lamanya (selagi google/blogger tak bangkrap selagi tu la blog ni wujud kot)
Yang terakhir, Setinggi penghargaan kepada Lord_kuching, Lordraptor, k_RaEL,Dinko dan adiknya Musmandus(kalau tak silap eja la, nama dia dah takde dalam blog ni sebab retire awal game ni) kerana telah memberi sumbangan besar dalam perjalanan awal legion ni sebelum era lord_kuching.
Sekiranya aku main lagi game ni n start dari awal, harap jumpa player2 macam korang semua.
terima kasih kerana sumbangan anda dan menjadi professional Gamer!! Hail to Legion Warrior

orpheo
Founder of Legion Warrior

Sistem Legion  

Ramai lagi yang tak faham mengenai sistem legion ni. Ada yang fikir, "aku main sorang takde kacau orang boleh jadi kuat, PJ boleh beli"

Sistem Legion adalah salah satu sistem yang paling penting dalam game JinOnline. Dengan melibatdiri dalam Legion, anda boleh bersama menguatkan Watak anda dengan ahli-ahli legion yang lain.

Legion Sekarang dah masuk Tahap 2 pada 13/11/2008. Bersorak!!

=================
Sistem Diplomasi Legion
=================

Dengan putaran di atas fungsi bagi Sistem Diplomasi Legion, setiap legion dibenarkan membuat 5 Permusuhan dan 5 Persekutuan.Hanya Ketua Legion boleh mengisytiharkan permusuhan dan persekutuan itu. Hubungan yang bersekutu memerlukan persetujuan bagi kedua-dua pemimpin, sementara hubungan yang bermusuh tidak memerlukan persetujuan di antara pemimpin yang lain.Nama legion bersekutu anda adalah hijau, sementara legion bermusuhan adalah merah.
======================================
Sistem Perlantikan Dan Penyingkiran Jawatan Legion
======================================
Ketua legion boleh melantik dan menyingkir Naib legion.

Ketua legion boleh memberi pangkat kepada orang lain.

Naib, General, Kapten boleh melantik seorang pembantu.


===============
Sistem Tahap Legion
===============
Tahap Legion bergantung kepada bilangan bintang totem. Hanya totem yang mempunyai 100 bintang boleh menjadi 1 totem bintang


Tahap Legion menentukan bilangan Naib, Penolong Ketua, dan posisi yang lain:


Setiausaha
Tiada sumbangan atau tahap yang diperlukan. Ketua setiausaha dibenarkan berkongsi 50% daripada potensi legion.

Kapten Ros
Karakter perempuan yang mempunyai bilangan bunga ros merah yang terbanyak akan ditawarkan sebagai Kapten Ros. Apabila ini berlaku mereka dibenarkan berkongsi 70% potensi legion.

===================
Sistem Sumbangan Legion
===================
Sumbangan Legion anda dikira berdasarkan sumbangan PK, sumbangan emas, sumbangan mentor, sumbangan jin dan sumbangan PJ. Semakin tinggi sumbangan legion anda semakin tinggi kedudukan anda di dalam legion.

1. Sumbangan PK

Singkirkan musuh legion akan menaikkan sumbangan PK kepada 1000mata. Jika anda terbunuh dengan pemain lain,awak akan kehilangan sumbangan PK . Sumbangan ni aku tak galakkan selagi legion tak sampai tahap 4 keatas.

2. Sumbangan Emas
Awak boleh memperolehi sumbangan emas dengan menderma emas kepada legion. Ratio emas yang didermakan dan sumbangan yang diperolehi adalah dikira berdasarkan sumbangan tersedia.


3. Sumbangan Mentor
Sumbangan mentor diperolehi dengan melatih pemain baru. Sumbangan diperoleh adalah 1% dari keseluruhan pengalaman mentor.

4. Sumbangan Jin
Selepas mengaktifkan totem, top 50 jin di dalamnya mempunyai peluang untuk menambahkan potensi tambahan kepada legion bergantung kepada kedudukannya. Pemilik jin tersebut akan mendapat sumbagan jin.
P/s: ada yang tanya kenapa boleh submit sampai 3 jin je? jawapannya sebab level watak anda blom cukup tinggi, kalau nak submit jin lagi byk kena la lvl up. Tahap lvl n submit jin tuh blom study lagi, itu je yg aku tahu.

5. Sumbangan PJ
Setiap 1PJ yang anda dermakan kepada legion anda akan mendapat 200 sumbangan PJ.

Bersama-sama menderma dan submit jin yang layak ke totem-totem yang telah dibuka untuk meningkatkan tahap legion dan tahap diri anda

AddThis Social Bookmark Button


0 comments: to “ Sistem Legion

Jumpa Kami di Ruangan Forum JinOnline

Kena Repeat PK ngan Ahli Legion Warrior, ada aduan pasal player legion? saja2 nak nak tanya? ada cadangan? sila isi borang ini.

Lokasi Boss


Wedding Of The Year

Wedding Of The Year

Cuba Teka Siapakan Gadis dan Siapakan Jejaka Tersebut

Design by Amanda @ Blogger Buster