Selamat Datang Ke Blog Rasmi Legion Warrior. We're Stronger Than Yesterday

.::Pengumuman::.

Terima kasih kepada semua ahli LegionWarrior yang telah menyertai Game Online ini. Tiada apa yang akan kekal dan akhirnya Legion ini terkubur selepas selepas mencapai tahap 9 di bawah pimpinan Lord_kuching.
Terima kasih kepada yang byk menyumbangkan khidmat kepada perkembangan Legion secara langsung atau tidak langsung. Player-player yang terpampang di blog ini akan dihargai selama-lamanya (selagi google/blogger tak bangkrap selagi tu la blog ni wujud kot)
Yang terakhir, Setinggi penghargaan kepada Lord_kuching, Lordraptor, k_RaEL,Dinko dan adiknya Musmandus(kalau tak silap eja la, nama dia dah takde dalam blog ni sebab retire awal game ni) kerana telah memberi sumbangan besar dalam perjalanan awal legion ni sebelum era lord_kuching.
Sekiranya aku main lagi game ni n start dari awal, harap jumpa player2 macam korang semua.
terima kasih kerana sumbangan anda dan menjadi professional Gamer!! Hail to Legion Warrior

orpheo
Founder of Legion Warrior

Cara - Cara untuk Topup Mol & Jin  

Assalammualaikum Kepasa Semua. Aku ingin berkongsi bagaimana untuk menggunakan Mol Point bagi membeli topup JO.

1 : Layari web mol ( http://www.mol.com/ )

P/s : Mol Point Online Boleh dibeli Melalui Online atau pun Dari Kedai - Kedai Yang Menjual Mol Point ( Seperti Gambar Dibawah)


2 : Selepas sudah memasuki website MOL tadi anda perlu mendaftar sebagai ahli MOL supaya anda boleh menggunakan site tersebut untuk topup akaun MOL bagi membeli topup JO.

p/s : Anda perlu menunggu EMAIL dari Mol bagi pengesahan email dan activation akaun.

3: Selepas berjaya mendaftar anda klik HOME ( Dekat Baris Atas web ) selepas itu anda lihat barisan bawah login ada icon / logo warna kuning yag bertulis "Top Up Mol Point Here" klik icon / logo itu. (Seperti Gambar Di Sebelah)














4 : Selepas klik icon / logo tadi paparan tempat untuk topup mol tertera. Disitu dia akan meminta kita untuk topup akaun sendiri atau akaun member lain ( kalau akaun sendiri klik "Own Accaunt" ). Di Bawah pilihan akaun tadi ada ruangan kosong, disitu dia akan meminta supaya kita menngisi "Pin Number" dan "Serial Number". Isi ruangan kosong tersebut dengan apa yang web minta selepas itu klik topup / proses di bahagian bawah ruangan tersebut. (Seperti Gambar Dibawah)

5 : Selepas berjaya topup akaun MOL, web akan paparkan jumlah topup yang ada didalam akaun anda. kemudian klik member page dibahagian bawah paparan tersebut.

6 : Web akan paparkan kawasan member page dan ada tertera bermacam2 di paparan tersebut. Anda perlu pergi ke kawasan "GameShive" disitu anda perlu pilih Jin Online dan klik. (Seperti Gambar Dibawah)

7: web akan paparkan kawasan untuk memilih jumlah topup untuk Jin Online. Kemudian klik "Buy" (Seperti Gambar Dibawah)

8 : Selepas Klik "Buy" web akan paparkan detail apa yang anda beli serta number telefon dan email. ini untuk pengesahan MOL kerana bila hilang atau kena scam dari org MOL akan dapat detect. Kemudian klik "Proses Order".

9 : Selepas berjaya "Order" topup untuk jin online, web akan paparkan Pin Number dan Serial Number untuk jin online. (Seperti Gambar Dibawah)

10 : Anda jangan tutup IE tersebut. Anda buka IE baru / Tab baru anda layari www.goplayplay.com/topup/jin untuk topup Jin Online (Seperti Gambar Dibawah)

11 : Web akan terus paparkan kawasan untuk topup Jin Online dan anda perlu masukkan detail -detail anda disitu. (Seperti Gambar Dibawah)

p/s : Jika anda tertutup IE, anda tidak perlu risau kerana MOL akan menghantar topup tersebut ke email anda. Pastikan email anda adalah betul. Dan juga diweb MOL sendiri akan menyimpan Number topup tersebut selama 3 hari.

Sekian perkongsian saya. Jika anda tidak faham boleh comment untuk kita bersama.

Terima Kasih

Post By :-
k-RaEL
Naib Legion Warrior
"Bersatu Berjuang"

AddThis Social Bookmark Button


Majlis perkahwinan atirah9 dan Smokin_playboy (legion angel_lichand)  

majlis yang meriah.... ramai legion kedua pihak datang.

Photobucket

siap ada majlis serah baju pengantin... atirah ni petang sebelum kawen siap berdandan n mekap2 ngan mak andam oo0N00R0oo. hu hu hu

pompuan kalau dah nak kahwin. atikah9 dapat baju kasual royal atire sebagai hantaran...

Photobucket

terima kasih kepada semua yang datang memeriahkan majlis perkahwinan ini


Lain2 gambar

Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket

AddThis Social Bookmark Button


Mesyuarat Bulanan Legion  

Macam biasa lah aktiviti pertama sebelum memulakan mesyuarat ahli jawatankuasa tertinggi berbaris bagi menyanyikan lagu kebangsaan negara kita ini.. Antara ahli jawatankuasa tertinggi yang hadir pada mesyuarat tersebut adalah :-


1: orpheo (Ketua) 7: Mecha 2: LordRaptor (Naib) 8: Adidas 3: Lord_Kuching (Naib) 9: Skillwoman 4: k-RaEL (Naib) 10: Miz_Lina 5: Murmandamus 11: Emiera 6: Dinko 12: Atirah9


Mesyuarat dimulakan dengan dipengerusikan oleh k-RaEL. Beliau memberi kata - kata aluan serta berterima kasih kepada yang sudi hadir pada mesyuarat kali ini. usul pertama diajukan oleh pengerusi mesyuarat adalah berkenaan dengan "Totem Legion" bagi menetap kan 3 jin yang perlu diambil tumpuan untuk menaikan level legion. ahli mesyuarat telah membagi cadangan jin yang perlu diberi tumpuan adalah :- 1: Warrior Rex 2: Diana 3: Fire Raptor.
Semua cadangan telah dibincangkan dengan teperinci dan telah dipersetujui oleh semua ahli mesyuarat.



Setelah selesai membincangkan berkenaan dengan "Totem Legion" tadi ahli mesyuarat membincangkan berkenaan sedikit masalah legion dan juga berkenaan ahli legion yang kurang aktif dan juga ahli - ahli legion yang mempunyai potensi untuk bermain supaya diberi tunjuk ajar supaya mereka dapat bermain dengan betul dan gembira.



Macam biasalah bila dah selesai mesyuarat aktiviti bergambar pulak la. Ini da memang aktiviti wajib bila da selesai mesyuarat ni. Maklum lah legion ni suka sangat bergambar ni. Hu hu...

Sekian sahaja mesyuarat ini. Mesyuarat ditangguhkan ke mesyuarat akan datang.

Sekian terima kasih.


Posting by :-
k-RaEL
Naib Legion Warrior
"Bersatu Berjuang"





AddThis Social Bookmark Button


Mesyuarat Perlantikan Jawatan Baru Legion "Naib"  

Orpheo : Salam dan salam sejahtera kepada semua yang sudi hadir dalam mesyuarat kali ini iaitu mesyuara perlantikan "Naib Ke-3" dan perlantikan Ketua Setiausaha baru bagi legion Tahap 4. Ok disini saya tidak mahu bercakap panjang, bagi meneruskan majlis ini saya membuka kapada ahli mesyuarat supaya mencadangkan ahli yang terbaik bagi menyandang pangkat "Naib Ke-3". Semua ahli mesyuarat bersetuju sebulat suara melantik Ketua Setiausaha asal supaya menjawat jawatan "Naib Ke-3" sejajar dengan sumbangan yang telah beliau lakukan.



Orpheo : Ok saya telah melantik k-RaEL sebagai "Naib Ke-3" diatas sokongan sebulat suara dan atas sumbangan yang telah anda lakukan. Ok jawatan Ketua Setiausaha telah kosong buat kali ke-3, Saya membuka sekali lagi kepada ahli mesyuarat supaya mencadang siapa yang layak menjawat jawat tersebut. syarat - syarat bagi seseorang Ketua Setiausaha adalah Berkaliber, Pengetahuan Tinggi terhadap legion n jin, Sanggup membantu rakan - rakan seperjuangan dalam legion. Ada apa - apa cadanngan?? (setelah sekian lama berbincangan dan memberi cadangan yang baik tiada siapa yang masih layak kerana ramai yang tidak online) mesyuarat bersetuju supaya jawatan tersebut dikosongkan sementara supaya ahli jawatankuasa legion dapat memerhati dan menilai adakan seseorang yang dirasakan layak untuk menjawat jawatan tersebut dengan penuh berkaliber dan berdedikasi.
sekian mesyuarat perlantikan jawatan "Naib Ke-3"
Posting :-
k-RaEL (Naib)
Legion Warrior
"Bersatu Berjuang"

AddThis Social Bookmark Button


Mesyuarat Legion "Totem Jin"  

Ni acara menyanyikan lagu kebangsaan iaitu "Lagu Negaraku" bagi memulakan mesyuarat kali ini iaitu berkenaan totem legion.


Macam biasalah selepas selesai nyanyi lagu kebangsaan tadi masing - masing mengambil tempat dan acara dimulakan dengan ucapan pengerusi majlis pada malam itu ialah K.su k-RaEL


Majlis diteruskan dengan ucapan dari Naib Legion iaitu Lord_Kuching. Beliau menerangkan kepada legion dan kepada ahli - ahli baru serta kepada ahli - ahli yang masih lvl rendah supaya mereka semua mempercepatkan level diri dan mempercepatkan kenaikan star jin setinggi yang boleh. Selain itu beliau juga menyarakan supaya semua ahli - ahli legion supaya memegang satu tekad atau tujuan supaya mereka bersemangat dalam melakukan sesuatu. Beliau juga telah memberi sedikit tips - tips untuk cepat naik level dan mudah. Antara tips - tips yang diberi oleh beliau adalah :-
1: Memastikan Member List penuh dengan member yang kerap online ( kalau kerap on9 siang cari member yang on9 belah siang sahaja)
2: Cari dikalangan member - member legion terlebih dahulu.
3: Membawa Jin level 1 ketika levelling
4: Sentiasa Claim EXP dari Istana ( Rumah Sedang / Rumah Kecil )
5: Claim Exp dari Jin Trainning
Sekian untuk mesyuarat kali ini.
Sekian Terima Kasih
Posting :-
k-RaEL (NAIB)
Legion Warrior
"Segala Tanda Tangan Tidak Perlu Kerana Ini Adalah Cetakan Komputer"


AddThis Social Bookmark Button


Kenaikan pangkat  

Ramai org yg selalu nak pangkat or minta pangkat sini aku kasi tau cam ner


1.)cara paling mudah adalah totem kan jin2 korang lg tinggi *mark dia lg bagus sebab setiap 1 star ade sumbangan tp kena jin 5* keatas shjla & lvl korang mesti 70++

2.)upkan lvl korang biar tinggi supaya leh totemkan lg banyak mkn banyak korang totem makin banyak sumbangan korang nanti

Tahap Karaktor dan Jin yang boleh didaftar

Tahap Karaktor Jin yang boleh didaftar
70~89 3 jin
90~99 6 jin
100~109 10 jin
110~119 15 jin
120~129 20 jin
130+ Tiada Limit


3.) Sumbangan2 lain pun boleh membantu dlm peningkatan pangkat juga. mcm derma emas, pk musuh leg, dpt ros, og ajar player2 newbie dlm leg (mentor point)


4.) ade beberapa jawatan yg boleh dikasi tanpa totem jin mcm pangkat pgr ( penolong) biasa nye dr jen,kapten & leftenan. ade 1 lg angkat iaitu k/su

pangkat2 diatas kami xkan kasi melainkan korang ade buat sumbangan & atas perbincangan semua ahli jawatan kuasa.

nasihat aku jgn la terminta2 pangkat dr ahli leg buktikan kemampuan korang dgn ilmu2 JinOnline & bantu ahli2 lain nescaya pangkat tue akn diberi. naik kan la starmark jin2 korang supaya jumlah sumbngan akn dpt dipertingkat kan ini bukan utk leg shj tp utk diri sendiri juga klu star mark tinggi pot pun bertambah & mkn susah org nak pk korang

ade pangkat auto dpt klu jd antara player plg tinggi sumbangan dia

jeneral, kapten, leftenan, sarjan, kapten ros (char perempuan shj) ahli tetap

sesiapa yg ade wat sumbangan jin 5* akn ters dpt jd ahli setia.


1 lagi cara naik pangkat yg plg senang pm leader leg & kasi ep utk dpt kan pangkat senarai pangkat & harga dia:



Naib Kehormatan - Sama seperti standard tahap Naib - 650ep
General Kehormatan - Sama seperti standard tahap General - 320ep
Kapten Kehormatan - Sama seperti standard tahap Kapten - 270ep
Leftenan Kehormatan - Sama seperti standard tahap leftenan - 100ep


this is a computer generated post no signature is required

AddThis Social Bookmark Button


Majlis Perkahwinan Lord_Kuching & Pu3diana...TAHNIAH  

Tetamu yg hadir berbaris beramai - ramai utk memulakan majlis tersebut












Meriah majlis nih...hampir seluruh legion yg ada kat dalam jin ni datang... THE BEST WEDING IN THE GAME..




Kena lak special effect dari yuna^^ buat majlis tu nampak meriah lagi.. Apa - apa hal terima kasih kepada yg sudi hadir pada majlis perkahwinan ahli legion kami iaitu Lord_Kuching & Pu3diana dan juga segunung tahniah dan semoga berkekalan hendaknya dari kami legion warrior.






========
Tambahan
========

gambar2 lain yg diambil masa perkahwinan

Photobucket
Pada awalnya, hanya ahli-ahli legion yg datang (hampir 100% ahli legion yg online datang)

Photobucket
Orang makin ramai yg datang, termasuk tetamu-tetamu dari legion lain


Photobucket
Menepung tawar ke ni? thah....

Photobucket
Zoom in bersama pengantin


Gambar Pic yg dibuat oleh Shaman_King






Full picture




untuk album Legion Warrior di Photobucket.com klik kat bawah ni
http://s444.photobucket.com/albums/qq169/legionwarrior/

great even: WEDDING OF THE YEAR 2008

AddThis Social Bookmark Button


Ape macam ?? Gambar ni di edit oleh shaman. kalau nak try masuk kat jin kat depan belah bawah kat web jin ada tulis nama shaman art galery :)

AddThis Social Bookmark Button


Snipe Mission  

Keperluan

Karakter : Lvl 80 & keatas
Tempat : jumpa npc Sam (181,383) berhampiran gudang CLAIR
Misi : Bunuh semua monster dlm setiap peta ade hit list disertakan
Cara : utk dptkan 2 expball di akhir misi

bl korang klik jekat sam tekan masku <----gm salah eja nie. pastu kat tepi skrin belah kiri akn ade gambar jin yg korang kena bunuh & total dia.

bl dah cukup jumlah dia double klik buku yg ade tulis snipe mission dlm inventory beg pastu dia akn kuar kan arahan seterusnye untuk bunuh monster mne lak, teruskan sampai last skali dia akan tulis tahniah anda bejaya selesai kan misi snipe & buku misi tue akn hilang. korang kena straight ke Sam utk collect korang punya expball.

misi nie 1 hari bleh wat sekali jer.

berdasarkan pengalaman aku setiap misi nie aku dpt habiskan dlm purata masa 45mnt jer time aku lvl85, 30mnt bl lvl90.

korang kena settlekan misi nie sebelum kul 12am setaip hari klu x x dpt expball.

klu korang quit lak kena tunggu sehari lg br bleh wat.

mii nie berpusing ikut peta mcm nie gobi desert -> darkmarsh -> icyland -> island -> volcano pastu mula blk kat gobi

nak cepat settle bleh gak klu pki adventure zone cam kat gobi desert,icyland


selamat mencuba..

dr lord_kuching
no signature required this is a computer generated credited to Gullian

AddThis Social Bookmark Button


Kebanggaan Untuk Kita Semua Dari Aku k-RaeL  

Ni aku nak kongsi cerita yang aku x pernah rasa terlalu bangga bagi diri aku dan kita semua.. cerita nya mcm nih.. aku dalam dewan bengkel kepimpinan peringkat kebangsaan yang dianjurkan oleh Kementerian Belia & Sukan Malaysia. aku ringkaskan lah cerita nih, untuk hari ke-2 program belah malam program kami adalah sesi pembentangan usul yang dibagi oleh pihak urusetia sendiri. pada petang tu, aku tengah update blog legion kita ni dengan masuk lagu Ost anime bleach yang bertajuk "Houki Bushi" bermaksud "Bintang Yang Bersinar" pastu aku terfikir untuk membuat usul kepada kementerian tentang pengunaan BLOG kepada semua Kelab Rakan Muda yang berada dimalaysia nih.. pada malam tu tub tub usul yang aku terlintas tu tadi keluar pada malam tu.. aku x sempat nak usulkan lagi.. aku dengan pantas ambil usul tu untuk kumpulan aku.. masa yang diberikan untuk perbincangan kumpulan selama 30 minit, tapi dapat kat aku 3 minit je, pastu pembentangan 15 minit dapat kat aku x sampai 5 minit da selesai tanpa slide show.. masa perbincangan tu aku mencadangkan supaya membina 1 blog iaitu dari www.blogspot.com dan aku pun tunjuklah kepada kumpulan aku blog legion kita, aku cakap yang blog ni aku adalah salah seorang admin yang menyelaras blog ni.. aku cakap yang blog ni bukan buat suka - suka, ini adalah yang betul dan adalah pemain - pemain game online iaitu Jin Online.. semua kumpulan aku tanpa bantahan bersetuju dengan cadangan utk membentangkan usul ni kepada org besar nih. bukan calang - calang orang ye. Orang yang aku maksudkan tadi adalah Penolong Pegarah Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia dan Selaku Pengarah Unit Pembangunan Rakan Muda Malaysia. Sampai lah masa yang aku tunggu - tunggukan untuk membuat usul tersebut.. mula - mula perhhhh gemuruh aku menggigil aku nih, mau x gemuruh kena bentangkan kepada semua orang iaitu seramai 300 orang dari seluruh Malaysia termasuk Sabah n Sarawak. 1st time aku kene bentangkan usul depan orang seramai tu beb.. aku pun da prepare kat laptop aku laman blog kita n blog kelab aku, aku pakai contoh blog legion kita ni sebab dah hampir complate n byk benda, blog kelab aku b byk benda sangat sebab baru create. aku pun buka mukadimah dengan selawat n bismillah, pastu aku terus buka mulut mencadangkan supaya semua kelab rakan muda yang telah ditubuhkan membuat 1 blog site, aku cakap "SAYA MENCADANGKAN SUPAYA SEMUA KELAB RAKAN MUDA DIMALAYSIA MEMBUAT 1 BLOG SITE DI WWW.BLOGSPOT.COM " pastu aku cakap lagi "SAYA AKAN MENUNJUKKAN SEDIKIT CONTOH BLOG YANG SAYA MANAGE SENDIRI DAN BERSAMA RAKAN - RAKAN" mula2 aku tunjukkan blog kelab aku.. tapi x beria sgt.. sikit2 je.. pastu aku cakap lagi "INI ADALAH SALAH 1 BLOG UNTUK GAME ONLINE YANG SAYA MAIN DAN SAYA SALAH SEORANG PENYELARAS BLOG INI" korang nak tau apa riaksi pegawai tu ?? aku x tau nak luahkan mcm mana, aku cuma leh bagi tau dari dia duduk bersandar pastu terus dia x bersandar bila aku cakap mcm dekat atasa tadi. x sampai 5 minit aku terangkan pasal dan x abis lagi aku terang, pegawai tu org pertama tny. nak tau apa dia tny ?? "BAGAI MANA NAK CREATE BLOG NI??" "PERLU LANTIK PENYELARAS KE??" "SUSAH KE NAK MANAGE" . aku dengan tenang jawab soalan tu tadi. lepas aku jawab soalan tu tadi, aku nak End kan apa yang aku da usulkan tadi, nak tau apa yang pegawai tu tadi cakap sebelum aku ending kan usul tu tadi. "BAGUS USUL KAMU NI, AMAT BERNAS DAN BERKESAN, TAHNIAH" pastu aku tny kepada semua " ADA APA - APA SOALAN BERKENAAN CADANGAN SAYA TADI" dengan pantas n tanpa ragu kesemua ahli yang hadir bersetuju sebulat suara dengan cadangan aku tu tadi. aku x boleh bayangkan mcm mana perasaan aku tu tadi.. pastu ayat kau keluar dari mulut pegawai tu "MULAI 1.1.2009 KAMI AKAN MEMBUAT MENSYUARAT DAN AKAN MELANTIK AHLI JAWATANKUASA PENYELARAS BAGI MENYELARAS BLOG TERSEBUT" "DENGAN INI SAYA MENAMAKAN BLOG TERSEBUT DENGAN NAMA BLOG KELAB RAKAN MUDA MALAYSIA YANG TERDIRI DARI 222 PARLIMEN DI MALAYSIA" "DIMINTA SEMUA YANG HADIR SELEPAS PULANG KE TEMPAT MASING2 SILA BUAT BLOG DAN EMAIL KAN KEPADA KEMENTERIAN UNTUK DIDAFTARKAN" dan mungkin aku adalah salah seorang dari ahli jawatankuasa tersebut. aku memang betul2 terharu n berbangga dgn legion ni beb. x pernah aku jumpa lagi mana2 gammer online yang bukak blog untuk game yang diaorg main. aku selude ngan korang semua. LUV U ALL. satu lagi aku lupa nak bagi tau aku da buat publish blog legion sampai ke luar negara beb. aku akan pastikan blog n legion kita top, top, top, top dan terus top sampai meletup. wa caya sama lu beb.

AddThis Social Bookmark Button


Memang Meriah Legion Ni.. Ni Acara Bergambar Di Heart Lake  




Jangan Jeles ye... suai sgt nih ayam putih + ayam Merah.. hehehehe... Syok weh tgk bulan mengambang..


Ahli legion ni suka sgt dengan air.. ahaks.. asal bergambar mesti ada air.. adei...




Lepas kat kolam tadi.... masing - masing menghilangkan tensen kat tepi laut lak... fuh tenang gila sini... dengan dia punya effect cahaya yg cantik lah... sapa2 yg x pernah pergi leh pergi lah...











AddThis Social Bookmark Button


Submit Link  

Terbuka untuk ahli-ahli legion warrior sahaja. Para ahli boleh menghantar website/page peribadi seperti myspace, friendster etc untuk dipromosi secara percuma di website ini.

untuk bukan ahli legion ini, perlu mendapat kelulusan daripada ahli majlis legion ini.

Url boleh dihantar melalui email rasmi legion,
legionwarrior@gmail.com

atau melalui komen dia bawah ini

klik ini untuk cara post comment

AddThis Social Bookmark Button


Picture Time Beybeh  




Ni acara kentut sapa paling kuat nih... Juaranye adalah 2 ekor beruang tu sebab sihat sgt. huhu..



Selepas acara diatas ni acara lumba lari lak... ni time - time boring lepas acara PVP kat gobi..


Lepas penat lumba lari td berehat dekat kolam kecik yg berada gi tengah2 gobi bagi binatang tunggang yg haus.. hu hu hu.. Hampir kering air tu diminum oleh beruang2 tu..


AddThis Social Bookmark Button


Dari Meja  

Ruangan ini bertujuan untuk memberi peluang kepada semua ahli legion warrior daripada server Tun Perak (mungkin akan diperluaskan kepada server lain) untuk menyatakan apa-apa sahaja mengenai game/komuniti legion ini.

Hanya artikel Ahli dari legion ini sahaja yang akan diluluskan. Artikel dari ahli legion lain hanya akan diluluskan dengan persetujuan majlis.

Pihak admin berhak untuk mengubah/menolak sebarang artikel yang dirasakan tidak sesuai dengan blog ini.

Sebarang artikel boleh di hantar ke email rasmi legionwarrior.
legionwarrior@gmail.com

artikel juga boleh di hantar melalui ruangan komen di bawah (komen yang tidak Kurang ajar akan didelete segera)

klik sini untuk cara memberi komen

AddThis Social Bookmark Button


Meeting Legion Tahap 3 (Perlantikan)  

Mesyuarat bagi perlantikan jawatan baru

Photobucket

Ketua Setiausaha Baru


Penolong LordRaptor yang baru


Tempat agak tidak sesuai di kawasan Lelong sebab ramai yang lalu lalang, ramai yg inquiry n ada yang nak join. Selepas ni meeting akan dibuat di tempat lain yang lebih aman

Pesanan tok ketua Legion:
"jangan sesekali berlagak, jangan Merompak atau buat pasal masa player lain kill boss, Hormat legion lain (Ally, Neutrall atau Musuh). Berpijak di Bumi nyata"

Sesiapa yang membantah perlantikan ini sila info pada LordRaptor, lord_kuching atau orpheo

Tahniah Semua!!

Bersama berusaha ke tahap 4

Bersorak!!

AddThis Social Bookmark Button


Jumpa Kami di Ruangan Forum JinOnline

Kena Repeat PK ngan Ahli Legion Warrior, ada aduan pasal player legion? saja2 nak nak tanya? ada cadangan? sila isi borang ini.

Lokasi Boss


Wedding Of The Year

Wedding Of The Year

Cuba Teka Siapakan Gadis dan Siapakan Jejaka Tersebut

Design by Amanda @ Blogger Buster