Kebanggaan Untuk Kita Semua Dari Aku k-RaeL
Ni aku nak kongsi cerita yang aku x pernah rasa terlalu bangga bagi diri aku dan kita semua.. cerita nya mcm nih.. aku dalam dewan bengkel kepimpinan peringkat kebangsaan yang dianjurkan oleh Kementerian Belia & Sukan Malaysia. aku ringkaskan lah cerita nih, untuk hari ke-2 program belah malam program kami adalah sesi pembentangan usul yang dibagi oleh pihak urusetia sendiri. pada petang tu, aku tengah update blog legion kita ni dengan masuk lagu Ost anime bleach yang bertajuk "Houki Bushi" bermaksud "Bintang Yang Bersinar" pastu aku terfikir untuk membuat usul kepada kementerian tentang pengunaan BLOG kepada semua Kelab Rakan Muda yang berada dimalaysia nih.. pada malam tu tub tub usul yang aku terlintas tu tadi keluar pada malam tu.. aku x sempat nak usulkan lagi.. aku dengan pantas ambil usul tu untuk kumpulan aku.. masa yang diberikan untuk perbincangan kumpulan selama 30 minit, tapi dapat kat aku 3 minit je, pastu pembentangan 15 minit dapat kat aku x sampai 5 minit da selesai tanpa slide show.. masa perbincangan tu aku mencadangkan supaya membina 1 blog iaitu dari www.blogspot.com dan aku pun tunjuklah kepada kumpulan aku blog legion kita, aku cakap yang blog ni aku adalah salah seorang admin yang menyelaras blog ni.. aku cakap yang blog ni bukan buat suka - suka, ini adalah yang betul dan adalah pemain - pemain game online iaitu Jin Online.. semua kumpulan aku tanpa bantahan bersetuju dengan cadangan utk membentangkan usul ni kepada org besar nih. bukan calang - calang orang ye. Orang yang aku maksudkan tadi adalah Penolong Pegarah Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia dan Selaku Pengarah Unit Pembangunan Rakan Muda Malaysia. Sampai lah masa yang aku tunggu - tunggukan untuk membuat usul tersebut.. mula - mula perhhhh gemuruh aku menggigil aku nih, mau x gemuruh kena bentangkan kepada semua orang iaitu seramai 300 orang dari seluruh Malaysia termasuk Sabah n Sarawak. 1st time aku kene bentangkan usul depan orang seramai tu beb.. aku pun da prepare kat laptop aku laman blog kita n blog kelab aku, aku pakai contoh blog legion kita ni sebab dah hampir complate n byk benda, blog kelab aku b byk benda sangat sebab baru create. aku pun buka mukadimah dengan selawat n bismillah, pastu aku terus buka mulut mencadangkan supaya semua kelab rakan muda yang telah ditubuhkan membuat 1 blog site, aku cakap "SAYA MENCADANGKAN SUPAYA SEMUA KELAB RAKAN MUDA DIMALAYSIA MEMBUAT 1 BLOG SITE DI WWW.BLOGSPOT.COM " pastu aku cakap lagi "SAYA AKAN MENUNJUKKAN SEDIKIT CONTOH BLOG YANG SAYA MANAGE SENDIRI DAN BERSAMA RAKAN - RAKAN" mula2 aku tunjukkan blog kelab aku.. tapi x beria sgt.. sikit2 je.. pastu aku cakap lagi "INI ADALAH SALAH 1 BLOG UNTUK GAME ONLINE YANG SAYA MAIN DAN SAYA SALAH SEORANG PENYELARAS BLOG INI" korang nak tau apa riaksi pegawai tu ?? aku x tau nak luahkan mcm mana, aku cuma leh bagi tau dari dia duduk bersandar pastu terus dia x bersandar bila aku cakap mcm dekat atasa tadi. x sampai 5 minit aku terangkan pasal dan x abis lagi aku terang, pegawai tu org pertama tny. nak tau apa dia tny ?? "BAGAI MANA NAK CREATE BLOG NI??" "PERLU LANTIK PENYELARAS KE??" "SUSAH KE NAK MANAGE" . aku dengan tenang jawab soalan tu tadi. lepas aku jawab soalan tu tadi, aku nak End kan apa yang aku da usulkan tadi, nak tau apa yang pegawai tu tadi cakap sebelum aku ending kan usul tu tadi. "BAGUS USUL KAMU NI, AMAT BERNAS DAN BERKESAN, TAHNIAH" pastu aku tny kepada semua " ADA APA - APA SOALAN BERKENAAN CADANGAN SAYA TADI" dengan pantas n tanpa ragu kesemua ahli yang hadir bersetuju sebulat suara dengan cadangan aku tu tadi. aku x boleh bayangkan mcm mana perasaan aku tu tadi.. pastu ayat kau keluar dari mulut pegawai tu "MULAI 1.1.2009 KAMI AKAN MEMBUAT MENSYUARAT DAN AKAN MELANTIK AHLI JAWATANKUASA PENYELARAS BAGI MENYELARAS BLOG TERSEBUT" "DENGAN INI SAYA MENAMAKAN BLOG TERSEBUT DENGAN NAMA BLOG KELAB RAKAN MUDA MALAYSIA YANG TERDIRI DARI 222 PARLIMEN DI MALAYSIA" "DIMINTA SEMUA YANG HADIR SELEPAS PULANG KE TEMPAT MASING2 SILA BUAT BLOG DAN EMAIL KAN KEPADA KEMENTERIAN UNTUK DIDAFTARKAN" dan mungkin aku adalah salah seorang dari ahli jawatankuasa tersebut. aku memang betul2 terharu n berbangga dgn legion ni beb. x pernah aku jumpa lagi mana2 gammer online yang bukak blog untuk game yang diaorg main. aku selude ngan korang semua. LUV U ALL. satu lagi aku lupa nak bagi tau aku da buat publish blog legion sampai ke luar negara beb. aku akan pastikan blog n legion kita top, top, top, top dan terus top sampai meletup. wa caya sama lu beb.
December 3, 2008 at 8:26 AM
aduh... biasalah kerajaan Malaysia.... semua pun mesti ada mesyuarat dan ahlijawatankuasa >.< blog aje ni >.<
December 3, 2008 at 10:46 PM
hahaha
kerajaan kt kan jenis skema so kena ikut peraturan buat step by step
kena ikut buku klu x nanti kena kritik ngan rakyat & media
December 4, 2008 at 6:30 AM
tu biasa la..tapi kerajaan bukan nak pandang blog ni beb..nak lak masa aku bentang n tunjuk blog legion ni xde bantahan pun beb
December 4, 2008 at 5:06 PM
Tahniah....blog nih beri impak besar pada PRU12 lalu. tu yang takde bantahan. lagi pon rata-rata semua orang dah ade access internet.